Kuiz Kempen Internet Selamat (Kis) Ethical Content Sharing Setiap Perkongsian Ada Kesan!
16 September 2026 | Aktiviti TerkiniSeramai 20 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dan golongan dewasa telah menjawab Kuiz Kempen Internet Selamat (KIS) Ethical Content Sharing:Setiap Perkongsian Ada Kesan.Melalui kuiz KIS pada kali ini peserta mempelajari tentang etika perkongsian content di media massa. Dimana sebelum berkongsi sebarang maklumat perlu semak 5 saat (T.H.I.N.K).
Memastikan maklumat tersebut benar dan sahih, adakah maklumat ini membantu akan memberikan inspirasi dan adakah maklumat tersebut perlu untuk orang tahu. Selain itu, melalui kuiz ini peserta dapat mempelajari bahawa sesuatu perkongsian maklumat yang salah akan memberikan impak yang buruk kepada masyarakat (mencetuskan panik dan pergaduhan), memberikan akibat buruk pada mangsa (manjatuhkan maruah dan tekanan mental).Paling parah apabila perkongsian yang salah boleh melibatkan undang-undang (risiko untuk disaman atau dipenjara).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: